Dilema Gerakan Anti Samy Vellu (GAS)

Monday, May 31, 2010

Apakah Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) memberi kesan positif ke arah meleraikan masalah semakin merunsing yang dihadapi oleh parti MIC? Apa dilema yang bakal diterima oleh parti MIC manifestasi daripada gerakan GAS itu? Itulah antara persoalan sensasi bermain dalam minda bukan sahaja kepada masyarakat India tetapi juga kepada holistik rakyat Malaysia . Dari perspektif para penganalisa siasah tanah air menyifatkan natijah daripada gerakan ini memberi satu demensi baru terhadap masa depan politik kaum India di negara ini dibawah payung MIC. Tetapi dari sudut pandangan lain dilihat gerakan GAS yang dipelopori oleh genarasi muda kaum India dianggap mesej penting perlu ada refomasi atau revolusi kepimpin yang drastik bagi memperbaiki kelemahan dan kepincangan dalam struktur kepimpinan yang didakwa menghadapi krisis melampaui keyakinan para pengundi seperti yang ditunjukkan dan interpretasikan oleh pengundi dalam pilihan raya ke 12.

Itu pandangan dan pendapat dari pihak anti Samy, tetapi bagi mereka yang pro kepada kepimpinan presiden MIC , golongan itu menyifatkan tindak-tanduk penyelaras GAS V Mugilan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC biadap dan durhaka kepada Big Boss. Samy Villu menganggap mereka yang mendesaknya bersara lebih awal daripada ketetapan persaraan diumumkan olehnya itu sebagai budak hingusan dan langsung tidak menghormati keputusan pucuk pemimpin. Sikap keterlaluan dan extrems ini melambangkan sikap melanggar etika kesopanan kepada presiden yang begitu besar jasa dan pengorbanan kepada masyarakat India di negara ini.

Presiden MIC amat terkilan dengan pendirian pemimpin muda dan dianggap pelapis dalam senario kepimpinan MIC iaitu bekas anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) KP Samy, G Kumar Aamaan, Bekas Ketua MIC bahagian Petaling Jaya V Subramaniam dan Setiausaha Agung S Murugesan itu. Para pemerhati politik menganggap tindakan mereka ini tidak pragmatik dan menyonsangkan arus kepimpinan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya tindakan itu kepada parti. Pemimpin seperti ini umpama lipas kudung tidak mengerti dan faham rentetan perjuang beretika yang digariskan dalam perlembagaan Parti. Dalam soal ini Samy Vellu berkata:

“ Saya yakin semua orang tidak mahu melihat elemen tertentu yang cuba menimbulkan masalah di kalangan pemimpin parti. Tanggungjawab saya sebagai Presiden untuk mempastikan parti ini dalam keadaan kuat dan kukuh sebelum menyerahkan jawatan kepada pemimpin baru. Jika masih ada pihak tidak bertanggungjawab dan mencabar pimpinan parti dengan menyebarkan perkara tidak sepatutnya,perlukah kita menyokong pihak itu?"

Sebagai seorang politikus kaum India yang handal dan penuh berpengalaman, Presiden ini begitu yakin mejoriti kaum India di negara ini masih berdiri teguh di belakangnya untuk meneruskan perjuangan MIC walaupun segelintirnya telah mengistiharkan menyokong gerakan Gas menentangnya. Beliau terus menyeru masyarakat India supaya bersatu padu dan terus menaruh keyakinan penuh kepada perjuangan pati MIC walaupun beliau bersara nanti. Dalam keadaan tenang dan bernada jenaka bahawa tahun ini tahun terakhir beliau memimpin MIC dan tahun depan parti MIC ini bakal dipimpin oleh Timbalan Presiden pada September 2011.

Kedatipun kenyataan Presiden MIC ini, namun peneraju GAS tetap mendesak supaya diawalkan masa berundur dari jawatan itu dengan desakan tempoh persaraan perlu disegerakan pada pada Julai 2010. Dalam kekalutan desakkan bercelaru ini, anak Presiden MIC Vell Paari telah membuat kenyataan terlalu sinis dan menimbulkan kontrovesi mengemparkan . Tanpa berfikir panjang dan berlapik cakap beliau telah mengeluarkan kenyataan akhbar dengan membidas parti UMNO adalah dalang utama disebalik gerakan GAS tersebut. Sambil menyifatkan UMNO telah melakukan pembunuhan politik ke atas presiden MIC dan kenyataan tersebut mendapat reaksi yang amat pedas daripada Perdana Menteri Dato Najib Razak bahawa dakwaan itu keterlaluan dan melampau.Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato Muhiyddin Yassin menyifatkan kenyataan Vell Paari itu sungguh biadap yang boleh menjejaskan hubungan baik MIC dengan para pemimpin UMNO. Natijah daripada kenyataannya ini, banyak desakan-desakan dari penyokong UMNO sendiri supaya mengambil tindakan tegas ke atas anak Samy Villu dengan dakwaan menghasut dan memfitnah. Kedengaran usul dari pada rakyat yang disiarkan dalam media massa dan elektronik mengesa kerajaan memecat keahlian MIC dalam komponen BN. Dilema dari kenyataan yang kontrovesi ini dikuatiri melahirkan situasi tegang antara kaum India dan Melayu yang berpaksi parti UMNO. Mujurlah Vell Paari tersedar dari kesilapan dibuatnya setelah yakin penafian dilakukan oleh Perdana Menteri bahawa UMNO tidak terlibat dan sama sekali menafi dakwaan pihak tidak bertanggungjawab UMNO adalah dalang utama dalam gerakan GAS itu. Permohonan maaf secara terbuka oleh anak Presiden MIC itu diterima baik oleh Dato Najib Razak dan menasihati Vell Paari berhati-hati membuat kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian dan mengeruhkan suasana hubungan baik antara parti komponen BN.

Walaubagaimanapun, gerakan GAS ini diteruskan pada 30 May tanpa menghiraukan rayuan Presiden MIC supaya perhimpunan dibatalkan.Keghairaan para pelopor gerakan anti Samy sengaja menulikan telinga dan tidak mahu mendengar apa yang diseru oleh Samy Vellu.Bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) seramai 5000 orang berkumpul dan hadir dalam gerakan Anti Samy Vellu itu. Koordinator Gas, V Mugilan ketika berucap dalam perhimpunan itu berkata:

“ Kehadiran mereka adalah isyarat jelas masyarakat India mahukan perubahan dalam MIC. Mereka kecewa dengan kepimpinan Samy Vellu…beliau adalah liability kepada BN dan menjadi punca kelemahan kepada kerajaan selama ini”.

“ Saya tidak mempunyai apa-apa agenda tetapi menyeru Samy Vellu berundur secara aman dan terhormat. Tolonglah, masyarakat India ini...31 tahun tidak boleh buat apa-apa. Kami percaya Samy Vellu juga punya perancangan untuk mengukuhkan kedudukan anaknya dalam parti. Sebab itulah beliau minta masa lagi. Apa yang jelas masyarakat India sudah bosan dan amat marah dengan Samy Vellu.”

Persoalannya sekarang ke manakah hala tuju perjuangan politik mereka selepas GAS ini? Dalam MIC mereka tak punya apa-apa jawatan lagi dan sudah tentu mereka ini dalam dilema kerana parti MIC mungkin tidak menerima V Mugilan bergiat di dalamnya. Begitu nekad mereka berjuang demi kejatuhan seorang pemimpin begitu berkarisma, disanjung, dihormati dan banyak berjasa kepada masyarakat India di awal kemerdekaan hingga mutakhir ini.Pemimpin bukannya untuk disanjungi tetapi pemimpin dihormati jati dirinya dan dikenang jasanya.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP